Wanita ditembak bersebelahan balai polis Binjai

 Nampaknya masih belum habis lagi musim menembak sampai ke hari ini. Minggu yang sama sebelum ini polis tembak penjenayah dalam beberapa kejadian yang berbeza. Antaranya di Highway DUKE KL dengan tertumbangnya perompak yang mencuri RM2000 sahaja.
Kes kali ini seorang mangsa berumur dalam lingkungan 22 tahun telah diserang dengan temabakan oleh penyerang yang masih belum dikenalpasti lagi. Nasib baiklah masih bernyawa.

Ada beberapa perkara pelik disini. Pertama mangsa yang kena tembakan masih muda sudah ada orang yang cuba membunuhnya. Atas sebab apa? Penyerang tersalah orangkah atau mangsa mempunyai musuh? Mangsa bukan orang kaya pun, kalau kaya sudah memandu kereta jenis BMW atau Merc-Benz.
Kedua, Serangan berlaku disebelah balai polis. Kalau penjenayah dari orang tempatan pasti tidak melakukan serangan disebelah balai polis kerana penjenayah dah tahu itu kawasan panas bagi mereka. Sudah tentu penyerang adalah dari orang luar yang telah diupah kerana mereka mungkin tidak perasan ada balai disitu.

Statement yang dibuat dari polis kepada seorang dato’ seperti dibawah.

Quote:

AS SALAM YDH DATO’,

UNTUK MAKLUMAN AWAL YDH DATO’,

KES MELEPASKAN TEMBAKAN DI TEPI BALAI POLIS BINJAI.
KEJADIAN BERLAKU L/KURANG 1840 HRS.MANGSA 1 (P) (M) NAMA : NURUL ATIKAH BT SIDIK.
KPT : 9112xx35xxx. 
ALAMAT : KG. KARANG BINJAI. 

MANGSA MENAIKI M/KAR JENIS PERSONA NO PENDAFTARAN : WWB 5519 DARI RUMAH KG KARANG UNTUK KE K/KERIAN.

APABILA SAMPAI DI TRAFIK LIGHT BINJAI DALAM KEADAAN BERHENTI KERANA LAMPU MERAH,MANGSA TELAH DI TEMABAK 2 DAS TEMBAKAN DIBAHAGIAN LENGAN KANAN DAN TAPAK TANGAN KANAN.

MANGSA TELAH DIBAWA KE WAD KECEMASAN DI ZON KUNING HUSM UNTUK RAWATAN LANJUT.

SASPEK DIPERCAYAI 2 (L) (M) MENAIKI M/SIKAL JENIS YAMAHA 135 LC WARNA MERAH DAN BERTOPI KELEDAR WARNA HITAM NO PENDAFTARAN TIDAK PASTI.

TINDAKAN : TELAH MAKLUM KEPADA KJSJ DAN T/KJSJ.
MAKLUM KEPADA FORENSIK.
DCC KOTA BHARU TELAH HEBAHKAN KEPADA SEMUA DCC,MPV,PEMEGANG W/TALKIE KELANTAN.
ARAHAN T/KPD KOTA BHARU MENGADAKAN OPS TUTUP DILOKASI DI SETIAP BALAI DAERAH KOTA BHARU.

T.KASIH DATO’.

ASP HJI. ABDULLAH BIN OTHAMAN
PEG. BERTUGAS CCC KN.

Betulah orang kata, peluru tidak mengenal orang

View the original article here

Add Comment


*