Suami kecewa Isteri Jatuh Cinta sama PENGKID

SALIM menunjukkan laporan polis dan poster kehilangan isterinya yang dilarikan pengkid.

Ini kes sangap ke? Kalau perempuan cantik di solek jadi rupa lelaki mestilah hensem macam lelaki jambu. Pastilah golongan hawa akan tertawan dan boleh jatuh terpikat. Hanya golongan hawa sahaja yang tahu rahsia antaranya dan hanya golongan adam sahaja yang tahu rahsia antaranya.
Kes macam ini namanya si isteri lari tanggungjawab pada keluarga. Mungkin inginkan kebebasan dari menanggung hal-hal rumahtangga yang mungkin baginya membebankan. Kurang didikan Agama adalah faktor utama punca kes sebegini berlaku.

Quote:

Ipoh: Seorang lelaki hampir ‘hilang akal’ apabila isteri dikahwininya sejak 20 tahun lalu lari meninggalkan rumah selepas jatuh cinta dengan seorang pengkid sejak Jun lalu.

Salim Sopian, 40, mendakwa isterinya, Noor Ain, 39, meninggalkan keluarga selepas bertemu wanita pengkid dikenali sebagai Wan, 32, ketika menyertai lawatan kerja di kilang di Nilai, Negeri Sembilan pada Mei lalu. 

Akibat percintaan songsang berkenaan, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak berusia enam dan lapan tahun turut terabai. 

Salim berkata, perubahan sikap isterinya itu dikesan sejurus pengkid terbabit berpindah ke Ipoh untuk mencari pekerjaan.

“Apa yang menghairankan apabila pengkid itu memilih bekerja di kilang sama dengan isteri saya. Pada awalnya saya tidak terlalu memikirkan perkara itu.

Sumber dari: Metro

View the original article here

Add Comment


*