Pesawat Maswing terhempas di Kudat Sabah


Dari sumber berita, dikatakan co-pilot dan seorang penumpang mati. Orang selalu kata kalau kereta second hand mesti banyak problem. Kalau kereta terpakai sudah ada masalah mesti berhenti di tengah jalan. Tapi kalau kapal terbang terpakai macam mana pula.?

Aku pernah naik pesawat MasWing ni..syok dapan seat no.1..awalnya aku ingat dapat duduk kat business class…tapi rupa-rupanya sama saja dengan penumpang yang lain hanya dapat seat paling depan saja.

Quote:

Pesawat tersasar landasan di Kudat, seorang penumpang mati

Penerbangan Malaysian mengesahkan, seorang penumpang lelaki pesawat MASwing yang tersasar dari landasannya di Kudat meninggal dunia di Hospital Kudat petang ini.

Pesawat MASwing Twin Otter itu terkeluar dari landasan dan merempuh sebuah rumah di perkarangan lapangan terbang Kudat jam 2.54 petang ini.

Bernama pula melaporkan,  Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy Ramin berkata pesawat yang dinaiki 16 orang itu terhempas dengan enam penumpang cedera. 

10 orang lagi diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Kudat selepas pesawat itu menjunam di Kampung Sinsan pada 2.54 petang.
  
“Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan jentera bomba bersama 11 anggota tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian.
  
“Kesemua 16 mangsa dalam pesawat tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Punca kejadian sedang dalam siasatan. Sementara itu, MAS mengesahkan hanya enam sahaja yang cedera daripada 16 penumpang kapal terbang itu.

Kesemua penumpang sudah dikeluarkan dan mereka yang cedera sedang menerima rawatan yang perlu.

“Fokus kami sekarang adalah penumpang yang terlibat, anak kapal serta pihak-pihak yang berkaitan,” kata jurucakap MAS dalam kenyataannya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi MASwing, Ahmad Jauhari Yahya dalam perjalanan ke Kudat untuk menyelia situasi di sana.

Keluarga penumpang yang terlibat boleh menghubungi nombor telefon  +603- 78841234 untuk mendapatkan maklumat lanjut. – 10 Oktober, 2013.

Sumber dari: TMI

View the original article here

Add Comment


*