Pekerja wanita maut ditembak di kepala semasa rompakan ambank USJ

Rompakan kejam berlaku di Ambank USJ. Perompak menembak seorang pekerja wanita di kepala. Suspek ialah seorang pengawal keselamatan yang bekerja di bank tersebut telah melarikan wang dari peti bank tersebut. Di laporkan mangsa ditembak mati dengan pumpgun di kepala.

Gambar arwah bersama suami dan anak-anak
AL-FATIHAH buat mangsa dan salam TAKZIAH buat suami dan anak-anak mangsa

Quote:

SUBANG JAYA: Seorang pekerja bank wanita berusia 37 tahun maut akibat terkena tembakan di kepala yang dilepaskan pengawal keselamatan yang merompak bank berkenaan di USJ Sentral di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 6.18 petang itu, suspek berusia 37 tahun yang berkhidmat di bank sama dikatakan melepaskan tembakan yang terkena kepala mangsa ketika mereka bergelut sejurus selepas membuka pintu peti kebal di bank berkenaan.

Menurut sumber, mangsa dikatakan mati serta merta di tempat kejadian manakala pengawal keselamatan terbabit melarikan sebuah beg yang mengandungi sejumlah wang yang masih belum dikenal pasti jumlahnya.

Suspek dikatakan berasal dari Sabah itu melarikan diri menggunakan motosikalnya dan polis sedang menjalankan operasi mencarinya termasuk mengesan di alamat kediaman pengawal keselamatan itu berdasarkan rekod kerjanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Tan Ah Chuan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.


Hingga jam 9 malam ini, polis masih belum berhasil memberkas pengawal keselamatan terbabit dan gerakan mengesan suspek diteruskan.

Sumber dari: Metro

Pengawal keselamatan yang diburu.

View the original article here

Add Comment


*