Liverpool Bangkit Kalahkan West Brom 2 – 1

Liverpool Kalahkan West Brom 2-1

 

LONDON – Anak buah Brendan Rodgers bangkit daripada ketinggalan untuk mara ke pusingan keempat saingan Piala Liga apabila menang 2-1 ke atas West Bromwich Albion di Stadium Hawthorns, awal pagi tadi.

Liverpool dikejutkan seawal minit ke-3 menerusi Gabriel Tamas, namun penyerang Turki, Nuri Sahin menyamakan kedudukan menenerusi sepakan kencang pada minit ke-17.

Sahin sekali lagi meledak gol pada minit ke-82 untuk memastikan kemenangan Liverpool selepas Rodgers melakukan 11 pertukaran kali ini berikutan tumpas kepada Manchester United pada saingan Liga Perdana, Ahad lalu. – AFP

Add Comment


*