Ling Liong Sik bebas daripada tuduhan menipu Kabinet projek PKFZ

Memang aku dah jangkakan Tun ini akan dibebaskan. Tun ini orang baik mustahil dia buat salah. Mana patut Tun nak kena masuk penjara. Lepas nie tak perlu fikir panjang lagi nak menunggu keputusan Makamah untuk kes-kes yang melibatkan VVIP. Pasti mereka itu tidak bersalah.

Quote:

Kuala Lumpur: Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, hari ini, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, daripada tuduhan menipu Kabinet dan Kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi, dalam penghakimannya berkata pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguaan munasabah. 
“Sehubungan itu, tertuduh (Ling) dilepas dan dibebaskan terhadap semua pertuduhan” katanya. 

Dr Ling, 70, yang diperintah membela diri pada 9 Mac tahun lepas, didakwa menipu kerajaan untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek ‘Mega Distribution Hub’ yang kini dikenali PKFZ.

Dia didakwa menipu kerajaan apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1.088 bilion, sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Kementerian Kewangan dalam menentukan nilai itu, telah mengambil kira kadar kupon.

Dr Ling juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000. 

Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November 2002. – BERNAMA

Sumber dari: BHarian

Sebelum ini yer yer jer buat Audit kata banyak isu.

Sumber: The Star

View the original article here

Add Comment


*