Lelaki Dihentak Tunang Cemburu Terima 10 Jahitan

Screen Shot 2013-05-25 at 10.31.07 PM

 

Kuala Lumpur – Seorang lelaki berusia 35 tahun menerima 10 jahitan di kepala selepas dihentak dengan kayu oleh tunangnya dalam kejadian di sebuah hotel di Kepong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, wanita terbabit bertindak demikian selepas mengesyaki mangsa curang terhadapnya.

Sebelum kejadian, wanita itu menghubungi mangsa dan meminta bertemu dengannya di bilik hotel di kawasan berkenaan kerana mendakwa ada perkara mustahak perlu dibincangkan.

Menurut sumber, sebaik mangsa tiba di bilik hotel berkenaan, suspek terus menyerangnya.

“Suspek yang bersenjatakan kayu dilaporkan memukul kepala mangsa lebih 10 kali. Ketika itu, mangsa hanya mampu menutup kepalanya menggunakan kedua-dua tangan.

“Mangsa yang kesakitan merayu dikasihani, namun rayuan itu tidak diendahkan. Lelaki terbabit bagaimanapun bernasib baik apabila pekerja hotel itu mendengar jeritannya sebelum tampil memberikan pertolongan,” katanya.

Katanya, suspek kemudian mendakwa mangsa curang terhadapnya dan menjalin hubungan sulit dengan wanita lain biarpun tempoh perkahwinan mereka makin dekat.

“Mangsa yang cedera dibawa ke klinik berhampiran dan menerima 10 jahitan di kepala sebelum membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. – myMetro Online

Add Comment


*