Kucing Berdengkur Paling Kuat Di Dunia – Video

Kucing Berdengkur

 

Di Pitsford, Northampton, United Kingdom, terdapat seekor kucing bernama Smokey yang berjaya mencipta rekod dunia apabila menjadi kucing yang berdengkur terlalu kuat ketika tidur atau pun berjaga.

Penjaga Smokey, Ruth Adams tidak menyangka kucing belaannya itu mampu berdengkur kuat mengalahkan manusia yang sedang berdengkur.

Ruth juga memberitahu, bunyi kuat yang dihasilkan Smokey mampu memberhentikan percakapan dia dan keluarganya untuk menoleh ke arah kucing itu.

“Saya tidak pernah mendengar dengkuran yang sekuat ini dalam hidup saya. Malahan dengkurannya dapat menghentikan percakapan kami untuk menoleh ke arah dia,” kata Ruth.

Untuk memastikan dengkuran Smoket itu kuat atau tidak, satu alat pengukur kenyaringan telah digunakan.

Dengkuran Smokey mencecah 92 desibel (dB)!

Malah, alat itu juga diletakkan jauh 5 meter dari posisi Smokey dan dicatatkan bacaan yang tinggi juga iaitu sebanyak 80dB.

Kekuatan dengkuran Smokey adalah sama seperti bunyi sebuah pesawat Boeing 737 ketika hendak mendarat.

Ruth memberitahu dengkuran Smokey kadang-kadang membuatkan dia rasa sakit hati kerana rasa terganggu.

 

 

Oleh: NAIMAH SHAARI

– Mynewshub

Add Comment


*