Kejar lembu korban 2Km di lebuh raya

Hahaha… ini mesti kes orang bandar tak reti nak ikat lembu macam mana. Tak pun lembu baru keluar kampung nak ambil peluang berjalan-jalan tengok keadaan bandar macam mana. Maklumlah lembu baru keluar dari kampung.

Culture shock katenye..hehehe. Nasib baiklah tak terkorban kat jalan raya. Ape pun siapa yang bertugas jaga lembu tu ikatlah dan tambatlah betul-betul.

Quote:

Puchong: Pengguna yang melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Masjid Batu 12, Puchong di sini gempar apabila seekor lembu jantan untuk korban sempena Aidiladha terlepas dari tempat penyembelihan hingga menghalang lalu lintas, semalam.

Kejadian berlaku jam 10.30 pagi apabila haiwan seberat 300 kilogram itu dikatakan tiba-tiba ‘naik minyak’ ketika orang kampung berusaha menumbangkannya sewaktu hendak disembelih menyebabkan tali yang diikat pada pokok putus sebelum ia melarikan diri dua kilometer.

Menurut sumber, dua unit peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa setengah jam menangkap haiwan itu.

Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal selepas haiwan itu ditangkap semula sebelum dibawa ke masjid dan disembelih.

“Sebelum kejadian, saya datang ke masjid untuk sembahyang sunat Aidiladha dan membantu orang kampung menyembelih lembu korban. Namun tidak menyangka terpaksa mengejar lembu.

“Lembu itu adalah lembu ketiga yang mahu disembelih. Saya difahamkan sejak kelmarin ia menunjukkan ciri-ciri seperti mahu naik minyak,” katanya.

Menurutnya, orang ramai juga menjadi panik apabila haiwan itu bertindak liar dan nyaris merempuh orang kampung dan beberapa anggota polis yang mengejarnya.

Selain itu, berlaku juga kesesakan jalan raya 20 minit apabila pemandu terpaksa memberhentikan kenderaan masing-masing kerana bimbang melanggar haiwan itu.

Sumber dari: metro

Lembu tu mesti fikir sambil melarikan diri ” Saya tak bodoh..saya tak bodoh..saya tak bodoh”

View the original article here

Add Comment


*