Jutawan Indonesia beli kelab gergasi Itali

 Kaya betul mamat Thohir nie mampu membeli kelab gergasi Italy. Bukan calang-calang kelab tu dia beli. Harganya USD 480juta tu. Lepas ini bertambahlah penyokong kelab Inter dari Indon. Entah-entah lepas nie pemainnya akan diserapkan dari pemain Indon jugak. Memang kaya mamat Thorhir ni.

Quote:


15/10/2013 9:56pm

MILAN – Ahli perniagaan Indonesia, Erick Thohir telah membeli majoriti saham kelab ternama Itali, Inter Milan pada awal hari ini.

Pembelian itu telahpun disahkan oleh Presiden Kelab, Massimo Moratti.

“Thohir sudah menandatangani dokumen jual beli,” ujar Moratti yang telah bertemu dua kali dengan jutawan Asia Tenggara itu sebelum ini, bagaimanapun gagal menemui kata sepakat.

Menurut laporan media Itali, Thohir perlu membeli lebih 70 peratus saham sebelum menguasai sepenuhnya kelab Nerazzurri itu.

Inter merupakan salah satu daripada tiga kelab utama di Itali, selain seteru setempat, AC Milan dan juara Serie A 2013, Juventus. – AFP


Sumber dari: Kosmo

View the original article here

Add Comment


*