Harga gula berjaya dinaikkan dari RM2.50 kepada RM2.84 sekilogram. Tahniah!

Bagus..memang bagus sangat..sangat bagus harga gula tu dinaikkan. Mengapa tidak dinaikkan ke RM3.00 tak pun terus RM4.00 jer terus? Kan bagus sekali gus dapat mengurangkan penyakit kencing manis. Orang ramai tak perlu minum air manis lagi. Minum air kosong jer lepas nie.

 Takkan Gula jer kot? Habis garam tu kenapa tak di naikkan sekali. Pesakit darah tinggi pun makin bertambah sebab banyak makan garam. Darah tinggi tu pun bahaya ape.

Quote:

KUALA LUMPUR – Harga gula dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 mulai esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata langkah pengurangan subsidi gula seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pembentangan Bajet 2014 hari ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM64.02 juta tahun ini dan RM551.25 juta tahun depan.

Lebihan penjimatan ini nantilah yang akan digunakan untuk membiayai pembangunan infrastruktur dalam negara di masa depan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, Hasan berkata beliau mahu rakyat khususnya peniaga melihat pengurangan subsidi gula secara positif dan tidak menaikkan harga barangan makanan berasaskan gula secara mendadak.

“Kita mesti letakkan kepentingan rakyat lebih daripada segala-galanya, bukannya meletakkan kepentingan keuntungan peniaga itu sendiri, oleh itu, saya minta supaya peniaga juga bersama-sama dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan kesejahteraan rakyat ini,” katanya.

Ketika membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat, Najib mengumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen dimansuh berkuat kuasa esok. – Bernama

Sumber dari: Sinar

Bagi aku semuanya alasan sahaja untuk menaikkan harga sesuatu barang.
Korang cuba fikir cukupkah gula itu untuk menampung jumlah penduduk di Malaysia ini. Kalau korang nak tahu kebanyakkan gula di Import dari negara luar dan Kerajaan terpaksa menanggung subsidi untuk setiap orang dalam negara nie.

Rakyat Malaysia membanyar cukai tapi bagaimana pula dengan pendatang asing?? Diorang pun dapat subsidi jugak ke? Oleh sebab lambakkan pekerja asing, pedatang haram, penyamun asing, perompak asing perogol asing dan pelacong asing menyebabkan permintaan barang-barang runcit di Malaysia menjadi tingga. Bila demand mengatasi supply maka naiklah sesuatu barang itu.

Maka rakyat terpaksa berjimat sebab subsidi dapat di kurangkan. Cukai yang telah dibayar sepatuutnya diberi subsidi kepada rakyat akan dipusingkan kepada projek-projek mega nanti. Sudah tentu akan menguntungkan sesetengah pihak yang telah dirancang untuk menerima AWARD projek tersebut. Semua nie pusing jer..at the end orang tu jugak yg dapat untung.

Korang sebagai rakyat marhean di negara nie kenalah redha apa yang berlaku memang tidak dapat dielakkan. Untung sabut timbul, Untung batu tenggelam, biarlah kerajaan yang memerintah sekarang buat apa yang disuka sebab mereka suka jenayah semakin meningkat. Suka tengok orang mati kena tembak kena rogol kena ragut, kena rompak kena tipu dan macam-macam lagi yang terkena. Nasi pun dah menjadi bubur. kena tunggu next election kalau nak ubah pun.

Korang semua kena banyakkan, berhati-hati dan kuatkan semangat rukun tetangga diantara jiran. Sekarang ini sudah masuk zaman terdesak. Orang mungkin boleh naik gila dan buat kerja-kerja gila.

View the original article here

Add Comment


*