BUMIPUTRA TIADA KUALITI – Chedet

Mungkin apa yang di tulis dalam artikel Chedet adalah betul. Bumiputra hampir 100% menguasai didalam kerajaan manakala golongan non-bumiputra banyak mengusai bidang swasta. Tetapi siapakah dalangnya yang mengakibatkan golongan Bumiputra ini tidak berkualiti.?

Chedet jangan lupe chedet memerintah pada tahun awal 1980-an lagi. Chedet lupe kah chedet banyak menswastakan sumber-sumber keuntungan kerajaan kepada swasta? Chedet lupe tak mengapa sebab chedet sendiri pernah kata Melayu mudah lupa. Mai sini aku ingatkan balik.

Senarai Badan Kerajaan yang Diswastakan di Malaysia sejak tahun 1980-an
Jabatan Telekom Malaysia = Telekom Malaysia Berhad (TM)
Lembaga Lebuhraya Malaysia = PLUS Expressway Berhad (Projek Lebuhraya Utara Selatan)
Lembaga Letrik Negara = Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia = Pos Malaysia
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) = Malaysia Airports Berhad
Lembaga Pelabuhan Klang = Kelang Multi Terminal Sdn Bhd, North Port (Malaysia) Berhad and West Port (Malaysia) Sdn Bhd
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port Commission) = Penang Port Sdn Bhd
Lembaga Pelabuhan Johor = Johor Port Berhad
Keretapi Tanah Melayu = Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Bukti diatas sikit demi sedikit golongan bumiputra semakin tidak berkualiti gagal mentadbir untuk mencari keuntungan dan ditukarkan dalam bentuk kapitalis. Apakah golongan yang bekerja dengan kerajaan itu tidak berkualiti.??  Banyak graduan yang lepasan pengajian tinggi yang cerdik pandai berkerja dengan kerjaan adakah masih tidak berkualiti.?? 

Quote:

BUMIPUTRA TIDAK KUALITI

Oct21st
2013 17 Comments Written by chedet


1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Bumiputra tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.

2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Bumiputra.

3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Bumiputra untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.


4. Kerajaan yang dianggotai oleh Bumiputra yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Bumiputra yang tidak berkualiti ini.

5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Bumiputra yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Bumiputra, tetapi kerana mengutamakan merit.

6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.

7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun tidak berjuang untuk membebaskan negara dari penjajah.

Sumber dari: chedet

Meh sini aku cerita sikit mengapa jadi begini. Pada pendapat aku berkualiti atau tidak semua itu tidak berguna kalau tiada kreativiti dalam hidup. Semua ini bergantung dengan MASA dan MASA itu lah yang menentukan hidup seseorang menjadi lebih berkualiti.

Sebagai contoh biar aku berkongsi satu cerita pendek.
Aku ade seorang yang aku kenal lebih kurang sebaya dengan aku di kampung. Dia orang cina yang lebih kurang aku bagus dalam pelajaran di sekolah. Tapi aku selepas PMR masih bersekolah rutin seperti biasa manakala kawan cina ini bekerja di sebuah bengkel motor bapanya. Pada masa itu aku tidak berfikir mengapa dia berhenti sekolah. Mungkin bapanya suruh dia bekerja. Mungkin bapanya sedar non-bumiputra sukar untuk mendapat tempat di pengajian tinggi .

Tapi aku meneruskan kehidupan belajar sebab harapan ibu bapaku mahu aku dapat pekerjaan yang bagus bila dewasa nanti. Masa berlalu dengan pantas dan aku berjaya berhenti belajar dengan keputusan yang cemerlang. Kini aku bekerja makan gaji manakala kawan cina aku tu seudah ada beberapa buah kedai Motor yang maju. Dia telah menguasai perniagaan motornya di kawasan itu sehingga bergelar Jutawan kerana memiliki beberapa buah bangunan kedai.

Dan sekarang aku baru sedar golongan Bumiputra kebanyakkannya telah di didik untuk belajar sampai tinggi-tinggi dan keluar negeri. Tapi kebanyakkannya hanya mampu kerja makan gaji.

Aku yang aku hendak ceritakan jurang kreativiti kita bergantung pada MASA selama mana kita dalam bidang yang kita lakukan. Jika kita sudah pandai berniaga dalam usia yang masih kecil sudah tentu kita akan memperolehi kretiviti dalam berniaga dan kita akan dapat mengajar generasi yang akan datang dan semua ini memerlukan MASA.

Sekarang korang fikirlah sendiri kretiviti apa untuk anak-anak korang nanti. Nak jadi Mat Hip Hop, Mat rempit, Melepak, Bohsia, Bohjan, Gengster, Makan Rahsuah, PenZina? Itu semua terpulang pada korang yang akan menentukan sendiri.

View the original article here

Add Comment


*