ARTIS! Awie Menyesal Kerana Percayakan KRU




Awie, yg merupakan penyanyi terkenal tanah air dari kumpulan Wings meluahkn rasa kesalnya terhadap KRU Music. Perkara ini berlaku akibat isu beberapa lagu dalam album terbaru terbitan syarikat Menakluk Kosmos dicetak rompak dan tidak diambil peduli.


Awie menambah lagi bahawa, sifat KRU Studios yg tidak ambil serius dalam hal pembikinan album. Perkara ini membuatkan Wings tidak akan menyambung lagi kontrak dengan KRU seandainya ditawarkan kontrak baru.



“Dulu, saya ditawarkan untk bekerjasama dengan KRU Studios secara solo, tetapi saya tak nak. Kemudian mereka mengajak Wings pula, dan pemain gitar utama kami, Joe bersetuju, dan saya pun ikut sahaja.


“Selepas album siap, kami bersemangat mahu lancarkan album tersebut sebaik-baiknya, tetapi malang sekali, majlis dibuat seperti ‘melepaskan batuk di tangga’. Malah tiada sebarang poster menunjukkan ia adalah majlis pelancaran kami.

“Sudahlah beberapa lagu dalam Menakluk Kosmos dicetak rompak. Dan apabila meminta penjelasan Norman (Presiden Eksekutif KRU Music) dia hanya memberikan komen menerusi Youtube. Kenapa mesti Youtube? Cukuplah satu album kerjasama kami dengan mereka,” katanya.

Lagu-lagu Wings seperti Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Hei Lihat Sini dan Bisa Yang Tertunda telah dicetak rompak. Mereka telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Taman Malawati, Hulu Kelang pada 20 Mei lalu.

 

Add Comment


*