Apabila seorang MACHA mengharamkan ibadah korban sembelih lembu disekolah

Macha ini cuba menghalang ibadah korban sembelih lembu di sekolah. Aku pun tak faham mengapa ada pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang orang islam dalam negara ini. Suka hati la diorang nak sembelih kat mana. Asalkan tidak memberi impak sensitiviti pada orang lain. Tak ada masalah pun dah Islam itu agama rasmi negara. Mengapa nak dipertikaikan.??

Dan sekarang menimbulkan provokasi pulak pasal isu korban. Lepas tu pulak akan datang dah tak boleh laung azan di sekolah. Lepas tu tak boleh sambut berarak maulidul rasul.

What is your problem machaa…

Quote:

Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan menegaskan bahawa sekolah tidak dibenarkan menjalankan ibadah penyembelihan korban seperti yang dijalankan di SK Puchong Jaya semasa sambutan Aidiladha baru-baru ini.

Bagaimanapun, larangan itu bagaimanapun tidak dinyatakan dalam pekeliling tetapi hanya dalam bentuk nasihat kepada pihak sekolah “dari semasa ke semasa”.

NONE”Tak (ada pekeliling). Kita akan menasihati dari masa ke semasa. Tak perlu ada perkara itu,” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Jelasnya, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan menasihati sekolah untuk bekerjasama dengan surau berhampiran apabila pihak sekolah memaklumkan mengenai aktiviti tersebut.

Sebenarnya benda itu (sembelihan korban) tidak boleh. (Perkara) itu dah kementerian siasat. Biasanya tidak boleh, tetapi masalah yang berlaku apabila PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) tidak dimaklumkan.

“Kalau dimaklumkan di pejabat PPD, biasanya, mereka akan menasihatkan pihak sekolah bekerjasama dengan surau-surau berhampiran. Itu yang digalakkan,” katanya.

Menurutnya, masyarakat umum perlu menyedari bahawa di kawasan sekolah terdapat pelbagai agama dan budaya yang perlu dihormati antara satu dengan yang lain.

Katanya lagi, sekiranya pihak sekolah memohon kelulusan daripada PPD, pejabat tersebut boleh menasihatkan mereka untuk bekerjasama dengan surau yang berdekatan.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung tindakan SK Puchong Jaya yang menjalankan ibadah sembelihan korban di kawasan sekolah tersebut, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai khususnya dari penganut Hindu.

Bagaimanapun, guru besar sekolah Mohd Amin Bahari mempertahankan tindakan mereka dengan alasan, tiada pekeliling yang melarang sekolah dari menjalankan kegiatan tersebut di premis mereka dan menegaskan pihaknya tidak berniat untuk menghina penganut agama lain. 

Polis juga dilapor memulakan siasatan ke atas individu bernama “Saravanan” yang dirakam mengadakan perbualan dengan Mohd Amin berhubung penyembelihan korban di kawasan sekolah sempena sambutan Aidiladha lalu, bagi membantu siasatan.

Sumber dari: mkini

Ini pula jawanpan dari DR. MAZA yang membidas pengharaman ibadah Korban di sekolah.

Quote:

Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau berpandangan bahawa sekolah tidak sepatutnya dijadikan tempat untuk menjalankan ibadah sembelihan korban.
Bagaimanapun, peraturan berhubung amalan tersebut perlu diselaraskan dengan amalan keagamaan lain seperti perarakan berhala.

Pada asasnya sekolah bukan tempat untuk sembelihan dan mungkin kurang sesuai untuk sesetengah murid, namun dalam negara ini banyak lagi perkara yang tidak sesuai dan penyalahgunaan tempat.

“Antaranya jalanraya bukan tempat perarakan agama seperti mengangkut berhala atau menghempas kelapa sehingga mengganggu penggunakan pengguna yang lain atau mengotorkan tempat awam seperti yang dilakukan oleh sesetengah penganut agama tertentu.

Jika hendak diselaraskan, selaraskan semuanya sekali,” tegasnya dalam tulisan di Facebook.

Kenyataan itu timbul apabila ibadah korban di SK Puchong Jaya minggu lalu dipersoalkan oleh seorang individu yang cuba mendapatkan penjelasan guru besar sekolah terbabit.

NONEPerbualan individu bernama “Saravanan” dengan guru besar tersebut, Mohd Amin Bahari, menjadi tumpuan apabila dimuatkan di Youtube.

Dalam rakaman tersebut, Mohd Amin Mohd Amin mempertahankan ibadah korban yang dijalankan di kawasan sekolah tersebut pada minggu lalu.

Rakaman perbualan tersebut dimuatkan di Youtube sejak lima hari lalu.

Dalam rakaman tersebut, Mohd Amin turut menjelaskan bahawa tiada pekeliling yang melarang perbuatan tersebut.

Katanya, penyembelihan korban semasa Aidiladha perlu dianjurkan di kalangan orang Islam, terutama di kalangan pelajar.

“Dalam Islam, penyembelihan hari raya korban ini, memang sepatutnya diuar-uarkan kepada umat Islam, khususnya kepada murid-murid,” katanya dalam rakaman itu.

Perkara itu perlu digiatkan agar generasi muda mengetahui bahawa ia adalah tuntutan Islam, katanya lagi dalam rakaman sepanjang lebih 8 minit itu, yang dimuatkan oleh pengguna bernama ‘zeeraf87′.

Mohd Amin berkata, ibadah tersebut tidak dijalankan dengan niat untuk menghina penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai makhluk suci.

“Memang kita digalakkan memberitahu murid-murid, kepada anak-anak kita khususnya, bahawa (ibadah) korban ini satu yang disuruh oleh agama Islam. Bukan kita buat penyembelihan ini atas dasar untuk menghina agama lain.

“Sebelum saya menjalankan aktiviti di sekolah, kita telah berbincang dengan semua guru saya. Guru-guru saya ada yang Cina, ada India, yang bukan Islamlah,” katanya.

Katanya, pihak sekolah memberitahu guru dan pelajar berbangsa India, serta golongan bukan Islam lain untuk dipisahkan dari upacara tersebut.

“Kami tidak membenarkan mereka melihat,” katanya.

Mohd Amin berkata, beliau mendapatkan pandangan kesemua guru termasuk bukan Islam berhubung aktiviti sekolah seperti itu.

Polis juga dilaporkan telah memulakan siasatan ke atas individu bernama “Saravanan” 

Laporan Sin Chew Daily semalam memetik kenyataan ketua polis daerah Serdang ACP Abdul Razak Elias, bahawa pasukan itu membuka siasatan ekoran laporan yang dibuat oleh guru besar sekolah tersebut.

Menurut Sin Chew, Mohd Amin bimbang dengan keselamatan dirinya dan juga keselamatan harta sekolah selepas perbualan dengan “Saravanan”.

Sumber dari: mkini

View the original article here

Add Comment


*