Tag Archives: berita terkini

91 Maut Puting Beliung Gergasi Landa Oklahoma

Screen Shot 2013-05-23 at 7.13.18 PM

 

MOORE – Anggota-anggota pasukan penyelamat berusaha mencari sejumlah mangsa yang tertimbus di celah runtuhan rumah, sekolah rendah dan sebuah hospital di pinggir bandar Oklahoma selepas kejadian angin puting beliung yang berlaku kelmarin.

Dalam kejadian bencana alam itu, 91 orang terbunuh dan lebih 200 lagi cedera.

Saiz puting beliung itu berukuran tiga kilometer lebar dan ia melalui kawasan bandar Moore di bandar Oklahoma sekali gus menyebabkan ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Pelajar Bakal Duduki SPM Terbunuh Dalam Kemalangan

Pelajar Bakal Duduki SPM Maut Dalam Kemalangan

 

BESUT – Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan terbunuh apabila motosikal yang dibonceng bersama rakan sekolahnya terbabit dengan kemalangan di Jalan Batu Tumbuh dekat Institut Kemahiran Mara (IKM) Besut, Alor Lintang di sini awal pagi Khamis.

Ketika kejadian pada pukul 7.35 pagi itu, mangsa Aiman Hakimi Zainuddin, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah meninggal dunia di Hospital Daerah Besut selepas empat jam lebih bertarung nyawa ketika dalam rawatan.

22 Orang Maut, Bas Terjunam Dalam Gaung

Bas Terjunam Dalam Gaung, 22 Maut

 

LIMA – Sebuah bas penumpang yang sedang dalam perjalanan di Peru terjunam ke dalam gaung, membunuh 22 orang dan mengakibatkan 16 yang lain cedera, lapor agensi berita tempatan.

Agensi berita Andina melaporkan, terdapat dua warga asing yang terkorban iaitu seorang jurutera Sepanyol yang berkerja di negara itu dan pelancong Venezuela. Kemalangan itu berlaku berhampiran bandar Huarmaca, kira-kira 850 kilometer dari utara Lima.

Tubuh Sepupu Terlipat Dua Dan Kepala Pecah Dalam Satu Kemalangan

 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki hampir pitam sebaik melihat tubuh sepupunya ‘terlipat dua’ selepas motosikal ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Jalan Lintas, Kepayan di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Azuan Harun, 20, mati di tempat kejadian dalam keadaan kepala pecah dan cedera di sebahagian besar tubuh.

Sepupu mangsa, Risan Jehan, 21, berkata ketika kejadian, dia berada di rumahnya di Kampung Hulu, Putatan, sebelum seorang rakan menghubungi telefon bimbitnya memaklumkan kejadian menimpa sepupunya itu.

Kanak-Kanak 4 Tahun Rentung Dalam Kebakaran Sebuah Rumah

Gambar Hiasan

 

IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Lintah Tiong, Slim Village, Slim River hari ini.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, Muhammad Shahrizal Abdullah ditemui rentung di ruang tamu selepas anggota bomba selesai memadamkan kebakaran.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bajet 2013, Bajet Rakyat Tersenyum

 

KUALA LUMPUR – Bajet 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok dijangka akan menjadi ‘Bajet Rakyat Tersenyum’.

Ini kerana, seperti beberapa bajet yang dibentangkan sebelum ini di bawah pentadbiran Najib, Bajet 2013 juga akan padat dengan pelbagai hadiah istimewa kepada rakyat.

Sumber memberitahu Mynewshub, antara yang mungkin diumumkan ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk kali kedua.

Dua Orang Anggota Polis Peronda Cedera Ditembak

Cedera Ditembak

 

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis berpangkat koperal yang menaiki kereta peronda nyaris maut selepas ditembak ketika cuba melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki di kawasan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya berdekatan Kuchai Lama di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, dua anggota polis berumur 41 dan 52 tahun dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields terkena tembakan yang dipercayai dilepaskan oleh dua lelaki dari dalam sebuah kereta jenis Proton Saga.

Kucing Berdengkur Paling Kuat Di Dunia – Video

Kucing Berdengkur

 

Di Pitsford, Northampton, United Kingdom, terdapat seekor kucing bernama Smokey yang berjaya mencipta rekod dunia apabila menjadi kucing yang berdengkur terlalu kuat ketika tidur atau pun berjaga.

Penjaga Smokey, Ruth Adams tidak menyangka kucing belaannya itu mampu berdengkur kuat mengalahkan manusia yang sedang berdengkur.

Ruth juga memberitahu, bunyi kuat yang dihasilkan Smokey mampu memberhentikan percakapan dia dan keluarganya untuk menoleh ke arah kucing itu.

5 Juta Unit, Jualan iPhone Catat Rekod Tertinggi

 

NEW YORK – Telefon pintar terbaru, iPhone 5 mencecah rekod jualan tertinggi sejak dilancarkan minggu lalu kepada lima juta unit, demikian menurut Apple hari ini.

Namun angka itu di bawah angka unjuran dan memberi tekanan kepada syarikat untuk melonjakkan harga sahamnya. Harga saham Apple semalam ditutup kepada penurunan 1.46 peratus kepada AS$689.88 selepas sahamnya melonjak minggu lalu.

Naik Angin Apabila Bapa Tidak Beri Duit

 

KUALA TERENGGANU – Bengang kehendaknya untuk mendapatkan sejumlah wang tidak diendahkan oleh si bapa, seorang buruh tergamak mengugut bukan sahaja akan mencederakan bapanya, malah akan mencederakan semua ahli keluarga termasuk ibu dan adik-beradik.

Bagaimanapun, perbuatan buruh, Zapri Razali, 23, menerima pembalasan setelah dikenakan hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.