Tag Archives: berita hari ini

Terkejut Ular Tumpang “Solat”

ular

 

“Saya hanya berserah kepada ALLAH agar tidak dipatuk ular tersebut dan dapat menyempurnakan solat saya secepat mungkin.” Itu reaksi seorang petani, Md Yassin Saari, 53, yang dikunjungi ‘makmum’ tidak diundang ketika menunaikan solat Isyak di rumahnya di Parit Simpang Lima, di sini semalam.

Menurutnya, sewaktu kejadian jam 9.15 malam, dia sedang menunaikan solat Isyak secara bersendirian di ruang tamu rumahnya sebelum menyedari kehadiran ular di sebelahnya. “Ketika itu, saya sedang duduk tahiyat akhir dan secara tiba-tiba saya menyedari kehadiran ular yang tidak diketahui spesies berada di sebelah kiri saya.

155 Orang Terima PhD Pada Konvokesyen Ke-25 UUM

155 Terima PhD Pada Konvokesyen Ke-25 UUM

 

SINTOK – Seramai 155 orang hari ini dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah (PhD) termasuk 32 penerima PhD Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada konvokesyen ke-25 Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini.

Jumlah tersebut meningkat mendadak berbanding pada konvokesyen ke-24 tahun lepas apabila hanya sembilan orang sahaja menerima PhD dan empat menerima DBA.

4 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Setakat Ini

4 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia

 

MAKKAH – Empat jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci setakat ini.

Pengurus Pusat Maklumat Operasi Shafie Sharif berkata, kesemua mereka meninggal dunia di Madinah kerana uzur serta serangan jantung, dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi berhampiran Masjid Nabawi.

Beliau berkata, pusat maklumat Tabung Haji, yang beroperasi di Hotel Janadiriah di sini, sudah menyalurkan maklumat berhubung kematian jemaah haji berkenaan kepada waris mereka di tanah air.

Ghani Minhat Legenda Bola Sepak Negara Meninggal Dunia

 

[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM – Legenda bola sepak negara, Tan Sri Ghani Minhat meninggal dunia akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.34 pagi tadi. Allahyarham berusia 77 tahun dan meninggalkan balu, Puan Sri Tuan Aishah Tuan Ibrahim dan empat anak.

Pengurus Perhubungan Media Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Muhamad Aiman Aminul memberitahu Sinar Harian Online, jenazah akan dibawa ke kediamannya di 62A Pantai Indah 9/2 Putra Height dan dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21 selepas solat Jumaat.

Kanak-Kanak 4 Tahun Rentung Dalam Kebakaran Sebuah Rumah

Gambar Hiasan

 

IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Lintah Tiong, Slim Village, Slim River hari ini.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, Muhammad Shahrizal Abdullah ditemui rentung di ruang tamu selepas anggota bomba selesai memadamkan kebakaran.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Artis – Maya Karin Ke Nepal Pada Oktober Depan

 

Jika dilihat dari segi luaran, pelakon jelita, Maya Karin boleh digambarkan sebagai seorang yang lemah lembut. Tetapi sebenarnya wanita ini berjiwa lasak.

Dia mempunyai kecintaan yang tinggi untuk mengembara ke seluruh dunia.

Tidak kira sama ada pergi secara berseorangan atau kumpulan, Maya Karin tidak pernah takut untuk berhadapan dengan dunia luar.

Pada Oktober depan, dia bakal ke Nepal untuk menemani bapanya mendaki ke Gunung Langtang Lirung sekaligus bakal menyambut hari lahirnya di sana.

Taikun Menawarkan Lebih RM 200 Juta Jika Berjaya Kahwinkan Anaknya Yang Lesbian

Taikun Tawar Lebih RM 200 Juta

 

Hong Kong – Semua bapa ingin melihat anak mereka berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Tidak terkecuali ialah bilionair Hong Kong, Cecil Chao Sze-tsung, yang ingin menyaksikan anak perempuannya, Gigi, berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

Namun hasratnya tidak kesampaian apabila Gigi, yang juga lulusan Universiti Manchester rupanya seorang lesbian dan dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan rakan sejenisnya, Sean Eav di Paris pada 4 April lalu.

Tidak mahu berputus asa, Cecil kini menawarkan ganjaran lebih Rm 200 juta kepada mana-mana lelaki yang berjaya mencuri hati anak perempuannya hingga ikatan mereka berakhir di jinjang pelamin.

Taikun hartanah itu melancarkan pencarian suami baru-baru ini.

Kes Bunuh, Samun RM1.2 Juta, Suspek Ditahan

Suspek Kes Bunuh

 

IPOH – Seorang pengawal keselamatan yang disyaki menembak mati rakan sekerjanya dan melarikan wang tunai RM1.2 juta di Aulong, Taiping, minggu lepas, ditahan di Bukit Kampung Syed Omar, Kangar, Perlis semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 11 pagi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Perlis.

Zanariah – Saya Tak Dapat Maafkan Pembunuh Suami Saya

 

KAMUNTING – “Saya tidak dapat memaafkan pembunuh yang telah menembak suami saya. Saya mahu pihak berkuasa mengenakan hukuman yang sewajarnya ke atas suspek yang telah menembak suami saya,” luahan isteri mangsa tembak pegawai keselamatan, Hasnol Hafiz Saad, 28.

Zanariah Mat Ramli, 27, berkata, beliau tidak menyangka kejadian seumpama itu boleh menimpa arwah suaminya.

“Kini saya perlu terima ketentuanNya dengan tabah dan meneruskan hidup seperti biasa walaupun arwah telah tiada,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga di Kampung Sungai Relong, di sini semalam.

Lelaki Berseluar Dalam Dibelasah Kerana Membuat Kacau

 

PETALING JAYA – Gara-gara membuat kacau, seorang lelaki dibelasah selepas enggan beredar dari kawasan perumahan di Damansara Jaya, malam kelmarin.

Lelaki yang hanya memakai seluar dalam itu pada mulanya mahu meminta makanan dari salah sebuah rumah namun dia tidak mahu beredar dan menyebabkan suasana menjadi kecoh.

Kejadian jam 10 malam yang berlaku di Jalan ss 22/39 itu bermula apabila lelaki berusia dalam lingkungan 30an terbabit berdegil dan terus meminta makanan dari satu rumah ke satu rumah yang lain meskipun ditegah dari berbuat demikian.