Pertembungan Anton-Terry Aksi EPL Malam Ini

Pertembungan Anton-Terry

Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali bersambung malam ini selepas berehat untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2014.

Lapan perlawanan bakal berlangsung, namun pertemuan QPR dan Chelsea di Loftus Road, jam 10 malam ini pasti menjadi tumpuan utama kerana ia melibatkan pertembungan Anton Ferdinand dan John Terry.

Kedua-dua pemain bertelagah hampir setahun selepas insiden Terry didakwa mengeluarkan kata-kata penghinaan berunsur perkauman terhadap Anton pada aksi EPL, musim lalu.

Anton dikatakan tidak akan bersalam dengan Terry sebelum perlawanan bermula, malam ini.

Hal itu dinyatakan sendiri Anton kepada rakan-rakan sepasukan, namun dia menerima jika ada mana-mana pemain QPR yang tetap mahu bersalaman dengan kapten Chelsea itu.

Badan pengelola EPL semalam sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa upacara bersalaman pemain kedua-dua pasukan sebelum perlawanan tetap akan dijalankan seperti biasa.

Bersalam atau tidak Anton dengan Terry, sama-sama kita saksikan pada perlawanan jam 10 malam ini.

Berikut ialah jadual lapan perlawanan yang bakal berlangsung malam ini

Norwich lwn West Ham (7.45 mlm)
Arsenal lwn Southampton (10 mlm)
Aston Villa lwn Swansea (10 mlm)
Fulham lwn West Brom (10 mlm)
Man United lwn Wigan (10 mlm)
QPR lwn Chelsea (10 mlm)
Stoke lwn Man City (10 mlm)
Sunderland lwn Liverpool (12.30 mlm)

Add Comment


*