Peluang Nicol Buru Gelaran Kelapan Cerah

Datuk Nicol David

PETALING JAYA – Pemain wanita nombor satu dunia, Datuk Nicol David mengetepikan cabaran Annie Au dari Hong Kong malam tadi untuk melangkah ke perlawanan separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka CIMB Malaysia 2012 di sini.

Nicol, yang memburu kejuaraan kelapan siri itu, mengambil masa selama 46 minit pada perlawanan suku akhir untuk mencatatkan keputusan 6-11, 11-5, 15-13, 11-5.

Pemain berusia 28 tahun itu memberitahu pemberita bahawa beliau hanya melakukan yang terbaik untuk mencapai kemenangan dengan sokongan penonton.

“Sejak 15 tahun lalu, saya beraksi di sini dan sama seperti pada set ketiga, penonton memberikan sokongan padu kepada saya,” katanya.

Pada separuh akhir hari ini, Nicol akan menentang Laura Massaro dari England, yang turut melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain dari Mesir, Nour El Sherbini dengan 11-13, 11-15, 11-7, 11-3. – BERNAMA

Add Comment


*