Akuarium Silinder Terbesar Di Dunia

Akuarium Silinder Terbesar Di Dunia

Manusia ni sangat kreatif. Ada saja idea yang mereka lakukan lebih-lebih lagi kalau ianya mahu menarik perhatian orang ramai.

Itulah yang berlaku di Berlin, Germany di mana terdapat sebuah akuarium berbentuk silinder terbesar di dunia.

Ia terletak di dalam sebuah hotel Radisson Blu Hotel.

Sambil menginap di hotel boleh lah anda cuci mata tengok keindahan hidupan marin. Tak perlu berjalan jauh, buka saja tinggkap bilik dan anda dapat menyaksikan permandangan itu.

Diberi nama ‘The Aquadoom’, ia menempatkan lebih kurang 2600 ekor ikan pelbagai saiz dan spesis.

Dengan nilai pembinaan 1.8 juta euro, pengunjung juga dapat berjalan melalui akuarium menggunakan lif tertutup untuk sampai ke puncak di mana terdapat sebuah restoran di situ.

Untuk memberi kelainan, proses pembersihan dan memberi makan ikan dilakukan secara manual. Jadi dapatlah anda tengok sendiri bagaimana para penyelam melakukan tugasan mereka itu.

Tidak usah risau kerana permukaan kaca akuarium tersebut dibina dari 4 lapisan kaca terkuat.

Harap-harap jangan bila anda bangun rupanya anda sudah berada si dalam air sudahlah!

Foto: Fitrihadi.com

Add Comment


*