Wanita Misteri Beri Air Mengandungi Peluntur

Air Mengandungi Peluntur

London – Pihak berkuasa kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas seorang wanita yang membawa kereta sorong dilaporkan memberi botol berisi peluntur kepada kanak-kanak.

Wanita berkulit putih yang berusia dalam lingkungan 50-an itu kali terakhir dilihat memberikan botol berisi bahan itu di Eltham High Street.

Seorang budak dilaporkan dimasukkan ke hospital setelah jatuh sakit akibat meminum air dalam botol itu.

Kes terbaru dilaporkan pada tengah hari Semalam.

Pihak berkuasa turut menerima laporan bahawa kelibat wanita itu ditemui di luar sebuah sekolah di bandar berkenaan.

Susulan itu, sebuah ambulans telah dihantar ke kawasan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Usaha mengesan wanita itu juga giat dilancarkan.

Selain kawalan keselamatan, polis turut mengeluarkan amaran mengenai wanita berkenaan dalam laman social Twitter.

Setakat ini motif kejadian itu masih disiasat dan polis juga enggan membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut.

 

Add Comment


*