Pengarah Filem Hina Islam Kini Bersembunyi

Pengarah Filem Hina Islam Kini Bersembunyi

Amerika Syarikat – Pengarah filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam susulan filem arahannya yang menghina umat Islam, kini melarikan diri dan bersembunyi, bimbang menjadi sasaran.

Pengarah itu yang menggunakan nama samaran Sam Bacile, sebelum ini menamakan filem tersebut sebagai Innocence of  Bin Laden sebelum menukarkannya kepada Innocence of Muslims.

Perkara itu didedahkan oleh konsultan filem tersebut, Steve Klein.

Filem berkenaan telah ditayangkan di Hollywood kira-kira tiga bulan lalu namun ia tidak berjaya menarik perhatian sehinggalah ia diterbitkan dalam bentuk trailer selama dalam Youtube dan dialih suara ke dalam bahasa Arab.

Ia menyebabkan rusuhan di beberapa negara Arab hingga menyebabkan kematian Duta Amerika Syarikat di Libya.

“Bacile telah bercakap dengan saya di telefon dan dia kini takut dengan keselamatan diri dan anggota keluarganya di Mesir.

“Bacile kini bersembunyi,” kata Klein yang turut memaklumkan Bacile merupakan seorang daripada 15 orang yang terlibat dalam pembikinan filem tersebut,.

Dalam pada itu, dalam temubual dengan Wall Street Journal, Bacille tanpa berselindung telah mengecam Islam dengan menyifatkan Islam sebagai barah.

Selain itu, dia juga menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Jelasnya, 60 pelakon dan 45 krew terlibat dalam penggambaran selama tiga bulan di California tahun lepas.

Sementara itu, identity Bacile sendiri menjadi tandatanya .

Ini kerana Bacile memaklumkan kepada AP bahawa dia berusia 56 tahun namun dalam Youtube, profilnya menunjukkan dia berusia 74 tahun.

Dia mendakwa bekerja sebagai pemaju perumahan, namun namanya tidak terdapat dalam lesen yang dikeluarkan kepada ejen hartanah di California termasuk Jabatan Hartanah.

Manakala kumpulan pembikin file Hollywood dan California pula memaklumkan mereka tidak mempunyai rekod pengeluaran filem bertajuk “Innocence of Muslims,”.

Bagaimanapun siasatan yang dijalankan dengan Agensi Permit Filem Los Angeles pula mendapati rekod itu menunjukkan filem itu dihasilkan tahun lepas di Los Angeles namun di bawah nama “Desert Warriors.

Dalam pada itu, Presiden Mesir, Mohammed Morsi dalam reaksi pertamanya susulan rusuhan berhubung filem berkenaan berkata, beliau menyokong tunjuk perasaan itu jika ia diadakan secara aman.

Namun, ujar beliau, adalah satu kesalahan jika menyerang orang atau kedutaan.

“Meluahkan pandangan dengan tunjuk perasaan dibenarkan namun ia perlu dilakukan tanpa menyakiti mana-mana pihak termasuk orang ramai, pegawai kedutaan dan harta benda,’’ katanya yang turut berikrar akan melindungi warga asing dan bangunan kedutaan di Mesir.

Sekurang-kurangnya 20 orang cedera dalam rusuhan antara penunjuk perasaan dengan tentera di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Kaherah hari ini.

Add Comment


*