Penyanyi Terkenal Andy Williams Meninggal Dunia

Andy Williams Meninggal

 

Missouri – Penyanyi terkenal, Andy Williams, meninggal dunia pada usia 84 tahun semalam di rumahnya di Branson, Missouri.

Beliau yang menghidap barah hempedu sejak setahun lalu, meninggal malam kelmarin, menurut kenyataan keluarganya.

Terkenal menerusi lagu hit termasuk Moon River dan Born Free, Williams juga menjadi pengacara The Andy Williams Show di NBC hampir sedekad.

Williams dibesarkan di Wall Lake, Iowa, mula muncul pada usia 8 tahun bersama tiga adiknya sebagai Williams Brothers Quartet. Bing Crosby menyertai mereka untuk merakam lagu hit pada 1944 iaitu Swinging on a Star. – Reuters

– Mynewshub.my

Add Comment


*