Pelajar 16 tahun hamilkan guru berusia 43 tahun

 

AUSTRIA – Seorang guru, Renata Juras, berasal dari Austria berusia 43 tahun dihadapkan ke mahkamah setelah melakukan hubungan seks dengan pelajarnya, Ervin Unterlechner yang ketika kejadian baru berusia 13 tahun.

Tetapi tiga tahun kemudian, remaja ini yang kini berusia 16 tahun telah menyebabkan cikgu yang sama mengandung. Insiden ini terbongkar selepas cikgu tersebut Renata Juras telah digantung kerja untuk 22 bulan.

Renata dijatuhkan hukuman selepas pelajar tersebut memberitahu mahkamah yang dia mencintai serta ingin berkahwin dengan guru tersebut. Tetapi selepas itu, mahkamah tidak menjatuhkan sebarang hukuman ke atas Renata kerana umur untuk mulai menjalankan hubungan sah di Austria adalah 14 tahun.

Kini Renata tengah mengandung pada minggu ke-20. Sebelum ini Renata sudah mempunyai seorang anak yang kini berusia 15 tahun. Dia kini mengaku bangga telah hamil dan gembira bakal menjadi ibu kepada bekas anak muridnya.

Gurunya itu kini telah tinggal bersamanya dan ibunya setelah dia kehilangan pekerjaan akibat hubungan ganjil itu.

Sumber: billyinfo.blogspot.com

Add Comment


*