One Direction Menang Besar di MTV VMA 2012

One Direction Menang Besar di MTV VMA 2012

Siapa yang tidak kenal dengan lima pemuda ‘jambu’ dari United Kingdom, One Direction? Mereka digilai oleh ramai wanita kerana bukan saja memiliki bakat dalam bidang nyanyian, malah mempunyai perwatakkan menarik.

Jadi tidak hairanlah apabila baru-baru ini kumpulan berkenaan telah menang besar pada majlis MTV Video Music Award 2012 menerusi single ‘What Makes You Beautiful’.

Pada majlis itu, mereka telah menggondol tiga kategori dalam anugerah berpestrij itu sekaligus menewaskan penyanyi senior lain.

Sebelum ini, One Direction melakar sejarah sebagai kumpulan dari Britain pertama yang mendapat tangga teratas dalam American Billboard untuk album mereka ‘Up All Night’.

Dalam hanya tiga minggu saja, lagu ‘What Makes You Beautiful’ terjual lebih 260,000 keping dan kini ia menjadi lagu yang paling banyak diminta di radio di AS.

Mengimbas sejarah mengenai One Direction, mereka telah datang ke uji bakat siri The X Factor 2010 sebagai penyanyi solo tetapi jutawan muzik, Simon Cowell berpendapat mereka akan berjaya sekiranya bernyanyi secara berkumpulan.

One Direction yang pada ketika itu telah memenangi tempat ketiga. Tanpa berfikir panjang, Cowell terus mengambil kumpulan itu dan kini mereka telah berjaya dengan cemerlang.

Tahniah diucapkan! Nampaknya tidak sia-sia peminat mereka melakukan undian secara online tidak kira malam atau siang kerana ia sememangnya berbaloi.

Berikut adalah senarai pemenang MTV VMA 2012-

Video of the Year – Rihanna ft Calvin Harris (We Found Love)

Best New Artist – One Direction (What Makes You Beautiful)

Best Female Video – Nicki Minaj (Starship)

Bset Hip-Hop Video -Drake ft Lil Wayne (HYFR)

Best Male Video – Chris Brown (Turn Up The Music)

Best Pop Video – One Direction (What Makes You Beautiful)

Best Rock Video – Coldplay (Paradise)

Best Video With A Massage – Demi Lovato (Skyscraper)

Best Electronic Dance Music Video – Calvin Harris (Feel So Close)

Most Share Worthy Video – One Direction (What Makes You Beautiful)

Best Art Direction – Katy Perry (Wide Awake)

Best Choreography – Chris Brown (Turn Up The Music)

Best Cinematography – M.I.A (Bad Girls)

Best Editing – Beyonce (Countdown)

Best Visual Effects – Skrillex (First Of The Year)

Best Direction – M.I.A (Bad Girls)

Oleh: Nurul Nafisah Mazlan

Sumber: www.eonline.co

Add Comment


*