Lelaki Mengaku Rebus Mayat Isteri Selama 4 Hari

 

LOS ANGELES: Seorang tukang masak didapati bersalah membunuh semalam selepas mengaku dia merebus tubuh isterinya selama empat hari untuk menghapus bahan bukti.

Lelaki itu mendakwa isterinya meninggal dunia secara tidak sengaja.

Dalam perbicaran enam hari, David Viens, 49, memberitahu polis dia mengikat isterinya Dawn, 39, dengan pita pelekat untuk mencegahnya dari melarikan diri.

Beberapa jam kemudian dia bangun dari tidur dan mendapati isterinya telah mati.

Viens memasukkan mayat isterinya dalam tong dram besar dan merebusnya.

“Saya terus mereneh tetapi proses itu mengambil masa empat hari,” katanya dalam pita soal siasat detektif yang dimainkan semasa perbicaraan itu.

Katanya, selepas dimasak dia membiarkan mayat itu sejuk sebelum menapisnya danmembuangnya ke dalam tong sampah. Mayatnya tidak dijumpai sejak hilang pada Oktober 2009. – AFP

Add Comment


*