Lelaki Ini Berjalan Kaki Sejauh 1,609km Untuk Melamar Seorang Gadis Cantik

BEIJING – Seorang pemuda, Liu Peiwen sanggup berjalan sejauh 1,609 kilometer (km) untuk melamar kekasihnya, Ling Hsueh, lapor sebuah akhbar semalam. Peiwen, 29, mula berjalan kaki dari wilayah Henan ke rumah kekasihnnya yang berusia 23 tahun di wilayah Guangdong di tenggara China baru-baru ini.

Kekasih Peiwen itu berkata, dia cuma bergurau semasa menetapkan syarat untuk melamarnya iaitu berjalan kaki. Wanita itu membuat permintaan berjalan kaki itu berdasarkan lagu band dari Scotland, Proclaimers yang berjudul 500 Miles. Dalam lirik lagu itu dinyatakan seorang lelaki sanggup berjalan sehingga 1,609km untuk berada di pintu depan rumah kekasihnya.

“Dia seorang yang gila. Saya akan tetap berkahwin dengannya dan hanya bergurau semasa saya menyatakan dia perlu berjalan kaki sejauh 1,609km. “Dia sudah pun berjalan kaki semasa saya sedar mengenai tindakannya itu,” katanya.

Namun Peiwen berkata: “Apabila saya tiba, saya berharap dia akan menunggu saya dan saya akan melamarnya sekali lagi dan saya berharap dia akan menyatakan ya,” kata Peiwen. Berjalan kaki sejauh 1,609km itu mungkin mengambil masa selama enam minggu. “Saya suka berjalan dan mahu melihat negara ini tetapi cinta saya merupakan desakan terakhir yang menyebabkan saya perlu lakukan,” kata pemuda itu.

 

Sumber – Kosmo

Add Comment


*