Lebih 2,000 Orang Askar Syria Berpaling Tadah

 

AMMAN – Lebih 2,000 askar rejim Presiden Syria Bashar al-Assad berpaling tadah dan melarikan diri ke Jordan sejak konflik tercetus di negara itu pada tahun lalu, menurut komander pengawal sempadan, kelmarin.

Menerusi wawancara bersama akhbar al-Dustour, Jeneral Hussein al-Ziyud memaklumkan bilangan pelarian Syria yang merentasi sempadan sehingga Rabu lalu telah mencecah 74,000 orang dan 2,053 daripada mereka adalah askar.

“Kumpulan anggota tentera itu dibawa ke tempat perlindungan khas yang turut disediakan kawalan keselamatan. Kebanyakan daripada¬† mereka cedera ditembak semasa cuba untuk memasuki Jordan.

Keadaan itu telah mendorong pihak berkuasa kami untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Awal bulan lalu, Menteri Luar Nasser Judeh memberitahu lebih 200,000 pelarian Syria telah mendapatkan perlindungan di negara itu berikutan konflik yang semakin meruncing di negara tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Riad Hijab yang berpaling tadah daripada rejim Assad pada awal bulan lalu juga dilaporkan berada di Jordan.

Sementara itu, bekas anggota angkatan bersenjata Syria turut mendapatkan perlindungan di sebuah kem khas di Turki

Menurut laporan terbaru, angka korban di Syria kini mencecah 20,000 orang.-AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Jangan Lupa Share Ye :)
  • Digg
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Yahoo! Buzz
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • Ping.fm
  • Tumblr
  • blogmarks
  • Google Buzz
  • LinkedIn
  • MySpace
  • Propeller
  • Reddit
  • Technorati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>