Hospital Hello Kitty Di Taiwan Untuk Ibu

Hospital Hello Kitty

Di Yuanlin, Taiwan, sebuah hospital bersalin bertemakan Hello Kitty ditubuhkan untuk kemudahan para ibu yang ingin bersalin.

Setiap kemudahan yang diadakan dalam hospital yang diberi nama Rumah Sakit Sheng Hau semuanya berlatarkan warna pink dengan memaparkan kartun kucing di setiap dinding hospital.

Bukan itu sahaja, setiap perkakas kemudahan semuanya sama bentuk seperti Hello Kitty.

Menurut pengarah hospital itu, Tsai Tsung-Chi, hospital tersebut yang didirakan pada tahun 2006 bertujuan untuk menghilangkan rasa tekanan dalam diri para ibu sebelum tibanya saat untuk melahirkan bayi mereka.

“Kita juga membuat ‘dress code’ Hello Kitty yang akan dikenakan oleh para jururawat yang bertugas di hospital ini ini,” kata Tsai Tsung-chi

Bayi yang baru lahir akan mendapat satu set kelengkapan kartun Jepun dengan gambar kucing seperti misai merah bersaiz kecil, tuala mandi bayi, serta satu buah boneka besar Hello Kittu untuk menemani kehadiran buah hati baru di dalam bilik.

Para ibu juga akan merasa kesan kehadiran Hello Kitty sendiri tatkala hadir ke lobi hospital itu.

Di dalamnya terdapat satu buah patung Hello Kitty yang mengenakan seragam doktor.

“Saya berharap rumah sakit ini boleh membuat setiap pesakit yang datang tersenyum dan sedikit meredakan rasa sakit yang mereka alami,” katanya.

Sumber: Republika.co

 

Add Comment


*