Gadis Cun Ini Bunuh Diri Kerana Tiada Kerja & Kekasih

CHANGSHA, China – Seorang gadis berusia 24 tahun gagal untuk membunuh diri dari sebuah bangunan selepas anggota-anggota polis berjaya menggagalkan rancangannya untuk terjun dari tingkat 32 di sini pada Isnin lalu.

Tangan, kaki dan paha gadis tersebut yang memakai seluar panjang ditarik masuk ke dalam sebuah tingkap di tingkat 32 bangunan itu oleh beberapa anggota polis.

Insiden yang berlaku lebih tiga jam itu bermula selepas gadis itu bertinggung di atas simen yang terdapat di atas sebuah tingkap.

Gadis itu mahu membunuh diri kerana dia tidak mempunyai pekerjaan dan kekasih manakala anggota keluarganya kerap menengkingnya.

Sumber: Kosmo

Add Comment


*