Tidak Dimaklumkan Bayi Mati Dalam Kandungan

Screen Shot 2013-05-28 at 2.24.12 PM

 

IPOH – Seorang kerani merasa kesal dengan sebuah klinik di sini kerana gagal memaklumkan bayinya mati dalam kandungan walaupun telah mencecah tiga minggu.

G Shanti, 26 berkata, dia sedih dengan peristiwa itu tambahan bayi berkenaan merupakan anak pertama yang ditunggu-tunggu kelahirannya.

Manurut Shanti, dia mendapatkan rawatan seperti biasa di klinik berkenaan pada 17 April lalu dan dimaklumkan kandungannya berada dalam keadaan baik.

“Sehari selepas itu saya rasa tak selesa dan terus ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan. Saya dimaklumkan oleh doktor kandungan saya sudah meninggal dunia sejak tiga minggu lalu,” katanya pada sidang media di Wisma DAP semalam.

Shanti memaklumkan, selepas mendapat perkhabaran itu dia dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mencuci rahim serta mengeluarkan bayi berkenaan.

Katanya, kegagalan pihak klinik terbabit memaklumkan kematian kandungan itu secara langsung membahayakan dirinya.

“Perkara itu diceritakan kepada Adun Buntong, A Sivasubramaniam dan beliau nasihatkan saya untuk buat laporan polis.

“Laporan polis telah dibuat pada 16 Mei lalu untuk meminta siasatan dibuat berkenaan perkara ini. Saya minta tindakan tegas diambil bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

Shanti menambah, keluarganya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkaitan.

Sementara itu, Sivasubramaniam ketika ditemui berkata, pihaknya sudah mengemukakan beberapa surat rasmi kepada pihak berkaitan termasuk Pengarah Kesihatan Negeri Perak untuk memaklumkan perkara berkenaan. – SINAR HARIAN

Add Comment


*