Terkini – Janin Ditemui Di Tangga Kuarters KLIA

 

Janin ditemui di tangga kuarters KLIA | Seorang kakitangan Jabatan Imigresen terkejut apabila menemuijanin manusia ketika sedang menaiki tangga di tingat satu di sebuah blok kuarters KLIA dekat Nilai semalam.

Saiful Nizam Abas, 40, berkata : ”Sebaik sahaja membuka pintu rumah, saya terkejut melihat beberapa tompokan darah di lantai berhampiran tangga untuk naik ke tingkat atas.”

“Saya ikut kesan tompokan darah itu sebelum ternampak objek yang bergulung seperti janin manusia,” jelasnya  ketika ditemui di sini semalam.

Setelah memaklumkan perkara tersebut kepada jirannya, dan dia kemudian segera menghubungi polis.

Jururawat Klinik Kesihatan Kuarters KLIA yang tiba di lokasi bagi membantu siasatan menjelaskan bahawa berdasarkan pemerhatian awal ia adalah janin manusia berusia dalam lingkungan 3 bulan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Yusof Awang berkata, polis masih menyiasat kejadian itu. Menurut beliau juga, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-758 3222. – Webberita

Add Comment


*