Suspek Hina Sultan Terengganu Dalam FB Ditahan

Screen Shot 2013-05-26 at 2.31.40 PM

 

CYBERJAYA- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya mengesan suspek yang menghina Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu di laman Facebook-nya di mana dengan kerjasama Polis, suspek berkenaan turut ditahan untuk disoal siasat.

Jika didapati bersalah, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja Malaysia.

“Undang-undang negara berkuatkuasa tidak kira di mana-mana, baik di luar mahupun di dalam talian. Jenayah tetap jenayah, walaupun di dalam media sosial,” kata Pengerusi SKMM, Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi.

“Pengguna media sosial perlu sedar bahawa mereka tidak sekebal seperti yang disangkakan. Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai supaya berhati-hati dan bersikap lebih bertanggungjawab ketika berkomunikasi di alam maya. Sesiapa yang melanggar lunas undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya. – BERNAMA

Add Comment


*