Rakyat usah persoalkan perbelanjaan jet untuk Agong, PM



Kepada rakyat yang menanggung kerajaan dengan cukai, saman, saham dan dari apa jua caranya, korang usah pertikaikan apa yang mereka belanja. Mereka adalah pemerintah dan memerlukan jumlah yang besar untuk urusan-urusan mereka mahupun rasmi atau peribadi. 

Tahulah mereka memanafaatkan segala perbelanjaan yang telah diberikan.


Laporan Ketua Audit negara telah membukti segala apa yang “mereka” telah belanjakan. Segalanya sudah berlalu dan sudah berlaku. 



Walaupun telah aku lihat dan dengar banyak di internet isu membeli cincin yang terlampau mahal, kuat boros membeli belah di luar negara tetapi ternyata itu semua dari duit simpanannya sendiri sejak kecil.Ini telah terbukti dari Laporan Audit tiada dilaporkan isu wang rakyat disalurkan ke tujuan itu. Permata juga tiada masalah untuk menghabiskan segala dana yang telah diberi.

Quote:


KUALA LUMPUR –  Perbelanjaan yang ditanggung kerajaan ke atas pemilikan tujuh jet untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong serta Perdana Menteri adalah untuk kepentingan negara dan ia tidak perlu dipersoalkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, semua perbelanjaan ke atas tujuh jet berkenaan adalah bagi memastikan perdana menteri tiba tepat pada masanya di sesuatu tempat dalam melaksanakan tugasnya.

“Ini ialah untuk soal yang berkait dengan kepentingan negara. Perdana Menteri harus sampai ke satu-satu tempat itu tepat pada masanya.

“Cuba bayangkan pukul 2 petang berada di Kuala Lumpur dan pukul 3 petang kena ada di Alor Setar, kemudian jam 6 petang kena berada di Ipoh. Di sana tiada penerbangan kelas pertama dan kos lebih tinggi jika menyewa kapal terbang komersial,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau berkata, selain untuk kegunaan dalam negara, jet itu turut digunakan untuk menampung keperluan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong yang menjalankan tugas rasmi ke luar negara.

“Jika jet ini tidak diselenggara dengan sempurna, ia boleh membawa kepada risiko dan ini melibatkan faktor keselamatan. Jadi ia memerlukan penyelenggaraan,” katanya.

Dalam masa yang sama katanya, kos bagi menyelenggara jet yang digunakan oleh perdana menteri itu adalah ditetapkan oleh syarikat yang dilantik kerajaan.

“Kos ini bukanlah untuk kegunaan peribadi perdana menteri malah ia langsung tiada hubung kait dengan perdana menteri. Perdana menteri hanya menggunakan salah satu daripada pesawat berkenaan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang mahu perdana menteri menaiki penerbangan kelas pertama Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) bagi tujuan lawatan rasmi ke luar negara kerana dilihat lebih jimat berbanding menggunakan jet ekslusif.

Pada sidang medianya, Kor Ming berkata, perdana menteri itu seharusnya mencontohi rakan sejawat beliau, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang hanya naik penerbangan Singapore Airlines demi menjimatkan jutaan ringgit wang rakyat ketika membuat lawatan kerja ke luar negara.

“Kerajaan membelanjakan RM28.8 juta sebagai kos sewa tahunan pesawat perdana menteri dan RM5.5 juta untuk menyelenggara pesawat jet VVIP tersebut.

“Selain kos pesawat perdana menteri, kerajaan juga tanggung kos RM44.02 juta untuk biayai kos lawatan luar negara perdana menteri sejak 2008,” katamya.

Beliau mengulas lanjut jawapan bertulis Shahidan berhubung kos RM86.4 juta digunakan bagi menyewa jet peribadi untuk Najib ketika lawatan rasminya, merangkumi perbelanjaan seperti penyewaan, penyelenggaraan dan pembaikan kapal terbang jet rasmi tersebut.

Sumber dari: Sinar

Kita anggap Negara Malaysia ini sebuah syarikat yang besar. Dalam syarikat sudah pasti ada ahli pemegang  saham yang memegang share saham syarikat(rakyat jelata) dan dan berhak menentukan(pilihanraya) siapakah calon CEOnya dalam mesyuarat ahli lembaga. Setelah sebulat suara dari ahli lembaga maka terlantik lah CEO (perdana menteri) untuk menerajui syarikat. Dalam sesebuah syarikat pula sudah pasti mempunyai penasihat(Agung) yang akan berkuasa dalam mengawal CEO ini.
Didalam syarikat ini, dibawah CEO pulah banyak jawatan-jawatan yang besar (menteri-menteri yang lain) dalam membantu menerajui syarikat.
Syarikat ini terlalu besar memerlukan perkerjanya (kakitangan kerajaan )yang ramai dalam mencapai objektif meningkatkan produktiviti.
Jika CEOnya gagal mentadbir syarikat dengan baik, maka akan memberi kesan kepada orang bawahannya dah seterusnya kepada pekerja-pekerja yang berada dibawah. Lama kelamaan syarikat itu boleh jatuh muflis hingga ahli pemegang saham mengalami kerugian akan saham-sahamnya.

Apakah laporan negatif dari ketua audit negara yang dihebohkan sebelum ini adalah semata-mata menarik perhatian rakyat? Menarik perhatian untuk melupakan apa ya?
Kalau aku sebagai Jeneral , dalam peperangan pastilah akan aku kerahkan pasukan yang lemah dahulu untuk menghadapi musuh. Maka pasukan yang lemah itu jika tidak bernasib baik akan di tumpaskan.

Korang fikirlah sendiri siapa tanggung siapa..















 

Add Comment


*