Pihak Penjara Mencari Waris Tuntut Mayat Banduan

 

ALOR SETAR — Jabatan Penjara Pokok Sena ingin menghubungi waris seorang banduan, Wai Kee Heng yang meninggal dunia di Hospital Alor Setar, pada 3.30 petang, 10 September lalu.

Penolong Pegawai Rekod Penjara Pokok Sena, Inspektor Md. Fadzil Razali berkata, mayat Kee Heng, 56, kini disimpan di Rumah Mayat Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

“Kami berusaha mencari warisnya, Wai Chow Keow termasuk meminta bantuan polis mengesan lelaki itu di alamat nombor 42, tepi sungai Sabak Bernam, Selangor, iaitu alamat sama digunakan Kee Heng,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, Md. Fadzil berkata, waris si mati gagal dikesan kerana tempat tinggalnya telah berubah akibat pembangunan.

Mereka yang mempunyai maklumat atau mengenali waris si mati diminta menghubungi Penjara Pokok Sena di talian 04-7825555 sambungan 1140.

 

— BERNAMA

Add Comment


*