Peserta Cipta Rekod Berjalan 10,000 Langkah

"Berjalan 10,000 Langkah Merdeka"

PUTRAJAYA — Seramai 140,000 peserta secara serentak mengambil bahagian dalam program “Berjalan 10,000 Langkah Merdeka” di 75 lokasi di seluruh negara hari ini.

Disifatkan sebagai penyertaan paling ramai secara serentak dalam kempen kesihatan, acara itu sekali gus bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Kamarul Zaman Md. Isa berkata, selain menggalakkan budaya cara hidup sihat dan melibatkan penyertaan langsung komuniti setempat, program itu juga bertujuan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat.

“Buktikan pada dunia bahawa kita rakyat Malaysia boleh melakukan apa sahaja demi negara tercinta sebagai penzahiran semangat patriotisme dalam diri kita,” katanya ketika melancarkan program 10,000 Langkah Merdeka dan Karnival Jelajah Sihat, peringkat Putrajaya di sini.— BERNAMA

Add Comment


*