Pesawat Tak Boleh Terbang Waktu Azan

 

TEHERAN – Menghormati laungan azan lima kali sehari di Iran semakin diperketatkan.

Pertubuhan Penerbangan Awam Iran semalam mengumumkan perintah semua pesawat tidak dibenarkan berlepas ketika azan dilaungkan sebelum umat Islam bersolat.

Semua pesawat yang dijadualkan berlepas di Iran kini perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 minit sehingga azan subuh selesai.

Ketua Pertubuhan Penerbangan itu, Hamid Reza Pahlevani dipetik oleh Agensi Berita Pelajar Iran sebagai berkata, perintah itu adalah untuk membenarkan penumpang menunaikan tanggungjawab agama mereka.

Jurucakap Jawatankuasa Budaya Parlimen, Ali Taherani dipetik oleh Reuters sebagai berkata, selain daripada sekatan penerbangan, pemantauan juga dilakukan terhadap pakaian wanita yang bekerja di lapangan terbang atau syarikat penerbangan. – Reuters

Add Comment


*