Peruntukkan 1.9 Billion Ringgit Untuk PR1MA – Bajet 2013

 

KUALA LUMPUR – Demi menjamin keselesaan rakyat, kerajaan memperuntukkan 1.9 billion ringgit bagi membina 123 ribu unit rumah dengan harga berpatutan di kawasaan yang dianggap strategik.

Peruntukkan itu telah dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis pembentangan Bajet 2013 yang telah berlangsung hari ini, di Dewan Rakyat, Parlimen.

Menurut Najib, perlaksanaan itu akan dilakukan melalui Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

“Harga rumah yang melambung tinggi menyebabkan ramai golongan muda yang baru bekerja ataupun mendirikan rumah tangga masih gagal memiliki rumah sendiri.

Untuk mengatasi masalah ini kerajaan tampil dengan dasar mahu menyekat usaha meraih keuntungan sehingga harga rumah melambung tinggi dengan drastik,” katanya.

Sementara itu, dengan memberi peruntukkan rumah mampu milik terutama di bandar besar, kerajaan telah menjelaskan tuntutan yang dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mana enam perkara dikenal pasti sebagai isu yang perlu diberi perhatian khusus.

Usaha kerajaan yang sentiasa ingin membantu rakyatnya jelas kelihatan pada pembentangan bajet pada kali ini.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

 

– mynewshub.my

Add Comment


*