Nicol Gagal Pertahan Mahkota Di Terbuka Malaysia

Nicol Gagal Pertahan Mahkota Di Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR – Kemenangan sulung pemain meningkat naik dari Mesir, Raneem El Weleily ke atas pemain nombor satu dunia, Nicol David, semalam melenyapkan impian ratu skuasy negara untuk mempertahankan Kejohanan Skuasy Terbuka CIMB Malaysia buat kali kelapan berturut-turut.

Nicol yang memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri bagaimanapun terpaksa akur 12-10, 11-13, 13-11, 11-2 selepas lawannya yang baru berusia 23 tahun itu mempamerkan aksi lebih mantap berbanding apa yang dipamerkannya.

Prestasi baik Raneem beraksi dengan cukup cemerlang dan tidak melakukan sebarang kesilapan sepanjang perlawanan berlangsung. Dengan prestasi baik yang dipamerkan, saya cukup sukar untuk mengutip mata.

Tahniah. Dia (Raneem) langsung tidak gentar ketika berada di gelanggang dan bermain dengan baik untuk berjaya memenangi perlawanan hari ini (semalam), katanya dengan nada kecewa.

Raneem yang juga pemain nombor dua dunia pula mengakui sedikit gugup ketika mengatasi di saingan separuh akhir dan menyifatkan kemenangannya semalam sesuatu yang luar biasa.

Saya berjaya mengawal perasaan gugup untuk menjadi lebih baik ketika menentang Nicol. Saya tidak mahu lakukan kesilapan dan terus melakukan yang terbaik. Ini kemenangan besar buat diri saya, kata Raneem.

Sementara itu, dalam kategori lelaki menyaksikan Tarek Momen dari Mesir unggul mengatasi rakan senegaranya, Mohamed El Shorbagy 12-10, 6-11, 12-10, 8-11, 14-12 untuk dinobatkan sebagai juara.

Add Comment


*