Maut Ditembak Ketika Keluar Dari Masjid

Screen Shot 2013-05-25 at 10.39.10 PM

 

PASIR PUTIH – Memilukan apabila seorang peraih ikan yang baru selesai solat Isyak berjemaah mati ditembak sebaik keluar dari pintu pagar masjid dalam kejadian di Masjid Nurul Anuar (MNA) di Kampung Pachakan, Dalam Rhu, Semerak, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa Zahari A Razak, 57, ditembak sekurang-kurangnya lima das dan tembakan itu terkena rusuk kiri ketika memandu kereta jenis BMW untuk pulang ke rumahnya yang terletak hanya satu kilometer dari masjid.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk dibedah siasat.

Rakan mangsa, Rajab Yusoff, 53, berkata, dia melihat kereta dipandu mangsa tiba-tiba ‘melencong’ ke arah kanan sebaik melewati pintu pagar masjid sebelum terbabas ke kawasan lapang bersebelahan masjid.

“Saya terus bergegas mendapatkan Zahari yang juga AJK masjid sebelum terkejut melihat dia terkulai di tempat duduk pemandu dalam keadaan berlumuran darah.

“Walaupun panik, saya berusaha menyelamatkannya, namun, sebaik mendapati Abang Haji semakin `nazak’, saya terus mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya ketika ditemui di pekarangan masjid. – myMetro Online

Add Comment


*