iPhone 5 Dijual Semula Pada Harga Yang Tinggi

 

HONG KONG – Beberapa orang menjual semula iPhone 5 pada harga yang tinggi selepas mereka membelinya di sini semalam.

Menurut seorang penjual yang hanya mahu dikenali sebagai Suen, dia membeli telefon bimbit itu pada harga HK$8,000 (RM3,154.23).

Dia kemudian memberitahu, telefon itu kemudian dijual kira-kira HK$9,000 (RM3,542.22) hingga HK$10,000 (RM3,941.05).

Suen bekerja di sebuah kedai gajet menyebabkan dia mudah untuk menjual semula telefon bimbit tersebut kepada para pembeli.

Harga normal telefon bimbit itu bermula pada HK$5,588 (RM2,202.26) di kedai-kedai syarikat Apple yang merupakan pengeluar telefon tersebut.

Menurut Suen, keuntungan segera boleh diperoleh sebanyak HK$3,000 (RM1,182.54) untuk setiap satu iPhone 5 yang dijual.

Dia berjaya membeli 15 unit iPhone 5 dalam tempoh sejam walaupun Apple menghadkan hanya dua unit telefon sahaja.

Kebanyakan kedai yang menjual semula telefon tersebut terletak tidak jauh dari kedai Apple.

Telefon bimbit itu turut dijual buat kali pertama kepada pembeli di Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Perancis dan Jerman semalam.

iPhone 5 lebih ringan, mempunyai skrin lebih besar, perisian yang terkini dan pemprosesan yang lebih pantas.

Ramai pembeli di Tokyo, New York, Sydney dan London sanggup berbaris di luar kedai Apple untuk membeli telefon tersebut.

 

– Agensi

Add Comment


*