Gempa Bumi Di Sumatera Awal Pagi Ini

 

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Sumatera, Indonesia awal pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia melalui satu kenyataan memberitahu, gempa itu dilaporkan berlaku pada pukul 3.08 pagi.

“Gempa ini berpusat di 79 kilometer (km) barat daya Sibolga dan 373km barat daya Klang, Selangor,” kata kenyataan itu hari ini.

Bagaimanapun, kata kenyataan itu, tiada ancaman tsunami dilaporkan berikutan kejadian gempa bumi tersebut.

 

Sumber

Add Comment


*