EKSKLUSIF – Siti Hanisah Lakukan Cubaan Ke 2 Tawan Everest

Screen Shot 2013-05-22 at 9.24.11 PM

 

Ketua Ekspedisi Everest Felda 2013 Siti Hanisah Sharuddin akan melakukan cubaan kedua menakluk puncak Everest  pukul 3.15 pagi  waktu Malaysia (1 pagi waktu Nepal) nanti.

Beliau akan memulakan pendakian dari Kem 4 Everest dan dijangka akan mengambil masa antara 10 hingga 12 jam sebelum tiba ke puncak.

Perkara itu dimaklumkan kepada Mynewshub oleh Penasihat Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) Malaysia, Datuk Akmar Hisham Mokhles ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, Siti Hanisah telah menghubungi beliau bagi meminta kebenaran untuk meneruskan usaha menakluk Everest apabila gagal berbuat demikian bersama kumpulannya semalam.

“Saya rasa beliau perlu diberikan peluang kedua kerana begitu bersungguh-sungguh mahu mencuba lagi, kalau beliau yakin dan cergas, maka tidak ada salahnya beliau diberikan peluang itu,” katanya.

Pagi semalam, enam daripada tujuh peserta Ekspedisi Everest Felda 2013 berjaya menjejakkan kaki di puncak Everest pada ketinggian 8,848 meter dari aras laut.

Empat daripada mereka merupakan anak Felda manakala dua lagi dari KE7B.

Siti Hanisah yang berasal dari Felda Jelai 1,Gemas,  Negeri Sembilan gagal menamatkan cabaran semalam apabila beliau terkena serangan penyakit akut gunung (AMS) ketika memberikan laluan kepada ahli lain untuk naik dahulu ke puncak.

Keadaan itu menyebabkan beliau menjadi satu-satunya ahli ekspedisi yang gagal ke puncak.

Namun, semangat beliau nyata belum luntur apabila bersedia memulakan lagi cabaran kali kedua bermula dari Kem 4 Everest pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Sikap yang dipertontonkan oleh Siti Hanisah itu pastinya jawapan yang terbaik kepada sikap biadap pembangkang apabila mengeluarkan rencana bertajuk ‘Memalukan, Ketua Pendaki Gagal Sampai Puncak’  melalui laman web SuaraPakatanRakyat milik mereka hari ini.

Add Comment


*