DiGi Tawar SIM Nano Percuma Mulai 26 Sept Ini

 

KUALA LUMPUR – DiGi Telecommunications Sdn Bhd akan menawarkan SIM nano percuma untuk pengguna yang melanggan mana-mana “Smart Plan” atau “Postpaid Plus”nya, mulai 26 September.

Dalam satu kenyataan hari ini, DiGi berkata, pengguna pasca bayar sedia ada hanya perlu membayar RM20 untuk SIM “swapping” sedia ada ke SIM nano. “SIM Nano ini boleh diperoleh di hampir 250 cawangan DiGi seluruh negara pada awal Oktober tahun ini,” katanya.

Senarai penuh cawangan DIGi yang menyertai akan disiarkan esok di www.digi.com.my/nanosim, katanya.

– BERNAMA

Add Comment


*