Datuk Perkosa Budak 10 Tahun Akibat Gejolak Nafsu

 

Kediri (18/9/12) – Tak kuat menahan gejolak nafsu, Giat (60) seorang datuk warga Pare Kabupaten Kediri sanggup meragut kesucian budak berusia 10 tahun yang merupakan anak jiran sendiri.

Mangsa didapati dipaksa melayani nafsu bangsat Giat, sehingga kini harus menanggung aib yang sudah ditorehkan oleh pelaku. Mengetahui anaknya telah diperkosa pelaku, ibu bapa mangsa geram dan melaporkan tindakan bejat pelaku ke Balai Polis Kediri.

Menurut penjelasan Ketua Polis Daerah Kediri Ipda Ribiko mengatakan, pihaknya belum menjalankan siasatan, tetapi pihaknya berjanji akan menjerat pelaku dengan pasal 82 undang-undang No.23 tahun 2002 tentang Perlindungan Perempuan dan Anak yang jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman maksimum 15 tahun penjara.

“Mangsa sudah kita ambil keterangan dan kita bawa ke hospital untuk dilakukan ujian. Pelaku akan kita panggil untuk periksaan,” jelas Ribiko kepada wartawan, Isnin (17/9/2012).

Ribiko menjelaskan bahawa tindakan biadap itu berlangsung, pada Ahad (9/9/2012) lalu iaitu sekitar pukul 1.30 petang WIB ketika mangsa berjalan melintas di depan rumah Giat yang kemudian dipanggil pelaku untuk masuk ke rumah pelaku.

“Si mangsa tanpa curiga masuk ke rumah pelaku, kalau pelaku hendak berbuat jahat kepadanya,” terang Ribiko.

Kemudian dia dipaksa melayani nafsu berahi pelaku. Mangsa menolak. Kemudian pelaku memaksanya. Namun nafsu bejat pelaku mengatasi segalanya, pada Jumaat (14/09/12) lalu.

“Ketika itu ibu mangsa terkejut melihat ada kesan darah di seluar dalam anaknya. Ibu mangsa mulanya hanya beranggapan anaknya itu sedang mengalami keputihan,” jelasnya.

Mengetahui ada kesan darah di seluar dalam mangsa, ibu mangsa bertanya kepada anak perempuannya.

“Mangsa yang masih diam membisu kemudian memberitahu bahawa dia pernah diajak main kuda-kuda oleh pelaku,” tambahnya.

Tanpa berselindung lagi, pengakuan mangsa membuat ibunya terkejut dan terus mengajak anaknya ke pejabat polis untuk melapor atas tindakan bangsat Giat yang sudah seusia datuk itu.

Add Comment


*