BERITA Isteri Curang Kena Tetak, Kekasih Hampir Putus Tangan

Seorang isteri yg curang parah di peha kiri manakala seorang remaja lelaki hampir putus tangan kiri akibat ditetak suami wanita terbabit selepas ditemui dalam keadaan bogel di dalam rumah sewa dalam kejadian di Langgar, Alor Star, awal pagi tadi.

Isteri Curang Kena Tetak, Kekasih Hampir Putus Tangan

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, lelaki berusia lewat 20-an itu dikatakan baru pulang berniaga di kedai makannya di Kepala Batas, di sini, terkejut apabila mendapati isterinya berusia awal 30-an dalam keadaan memalukan bersama pekerjanya yg berusia 19 tahun.

Jurucakap polis berkata, suspek bertengkar dengan pekerjanya itu sebelum pergi ke dapur dan mengambil sebilah parang serta menetak mangsa beberapa kali yg turut terkena isterinya.

Katanya, polis yg dimaklumkan mengenai kejadian mendapati kedua-dua mangsa mengalami pendarahan teruk sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan memaklumkan suami mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Add Comment


*