BERITA CHOW JACK Terima Puluhan Ugutan Bunuh Berikutan Status Di FB

 Gara-gara maklumat peribadinya dimuat naik oleh individu tidak dikenali di akaun Facebook milik ‘Chow Jack’, seorng lelaki trauma menerima puluhan ugutan serta ancaman bunuh oleh beberapa individu tidak dikenali.

CHOW JACK Terima Puluhan Ugutan Bunuh Berikutan Status Di FB

Mangsa yg hanya mahu dikenali sebagai Chen berkata, maklumat yg disebarkan ke Facebook ‘Chow Jack’ itu sama sekali tiada kena mengena dengannya malah menegaskan hanya menjadi mangsa keadaan.

“Ianya berlaku di luar pengetahuan saya selain saya juga takut dan bingung dengan situasi yg dihadapi buat ketika ini,” katanya, ketika ditemui pihak media, semalam.

Menurutnya, ugutan pertama yg diterima adalah pada Sabtu lalu menerusi individu yg tidak dikenali menghantar mesej berbaur ancaman bunuh terhadap dirinya.

“Saya menerima berpuluh-puluh ugutan, malah pada Ahad juga rumah saya turut disimbah cat merah di sekitar kawasan pintu pagar serta halaman rumah,” katanya.

Selain itu, Chen berkata, dirinya hanya mengetahui perkara sebenar  setelah dimaklumkan oleh seorang kenalan rapat pada 16 Jun lalu.

“Saya dimaklumkan oleh seorang rakan mengenai penyebaran satu gambar yg turut melampirkan maklumat peribadinya.

“Ketika itu saya amat terkejut kerana maklumat saya dikaitkan dengan satu status berbaur penghinaan terhadap agama Islam oleh satu akaun milik Chow Jack.

Katanya, satu laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, kelmarin bagi memastikan keselamatan dia dan ahli keluarganya terjamin.

“Hingga kini beberapa rondaan sudah mula dibuat oleh pihak polis namun ada beberapa kali masih terdapat individu berlegar di depan rumah,” katanya.

Add Comment


*