BERITA Bomba Selamatkan Awek Dari Rentung Terbakar

Jam 3.08 petang semalam, Pusat Gerakan Operasi Bomba KL menerima laporan kebakaran di Kondominium Palm Villa, Taman Maluri, Cheras.
Bomba Selamatkan Awek Dari Rentung Terbakar, info, terkini, berita, kebakaran kondominium Palm Villa
Pasukan bomba yang berkejar ke lokasi mendapati berlaku kebakaran dengan asap tebal menyelubungi tingkat 8 kondo berkenaan.

Situasi cemas turut dikesan iaitu seorang wanita terperangkap di luar tingkap. Operasi menyelamat dan memadam kebakaran segera dilaksanakan.
Wanita yg nyaris menjadi mangsa kebakaran dikenalpasti sebagai warganegara asing dari China berusia 29 tahun. Berdasarkan gambar, seluruh tubuh wanita tersebut sudah berjelaga. Mujurlah dia cepat diselamatkan kerana dalam kebanyakan kes kebakaran, punca kematian disebabkan oleh kesukaran bernafas disebabkan asap tebal.
Bomba Selamatkan Awek Dari Rentung Terbakar, info, terkini, berita, kebakaran kondominium Palm Villa
Bomba Selamatkan Awek Dari Rentung Terbakar, info, terkini, berita, kebakaran kondominium Palm Villa
Kebakaran yg dipadamkan sepenuhnya pada 3.37 petang itu dipercayai berpunca daripada pendingin hawa.
Tahniah kami ucapkan kepada Jabatan Bomba atas kecekapan mereka memadam kebakaran dan menyelamatkan nyawa.

Add Comment


*