BERITA [3 Gambar] Pelajar Patah Kaki, Bas Tertusuk Rel Penghadang

Seorang pelajar tingkatan satu patah kaki selepas Bas Rapid Kuantan yg dinaikinya terbabas dan merempuh rel penghadang jalan di Kilometer 4 Jalan Pekan-Kuantan, petang tadi.

[3 Gambar] Pelajar Patah Kaki, Bas Tertusuk Rel Penghadang

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Kilau, Rasydan Hakimi Saari, 13, antara tiga penumpang yg menempuh pengalaman ngeri apabila bas yg mereka naiki tertusuk rel penghadang jalan berkenaan, kira-kira 3.40 petang tadi.

Rasydan dihantar Hospital Tengku Ampuan Afzan dan dirawat di ke Unit Kecemasan (ICU).

Kemalangan terbabit dipercayai berpunca daripada tayar depan sebelah kiri bas berkenaan pecah sebelum kenderaan itu terbabas ke kiri jalan.

Pegawai Bomba Kanan ll, Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Rosli Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 3.45 petang tadi sebelum mengerahkan empat anggota dan sebuah jentera ke tempat kejadian.

Beliau berkata, kesemua mangsa dibawa keluar oleh orang ramai yg kebetulan melalui tempat kejadian sebelum dihantar ke HTAA untuk rawatan susulan.

Add Comment


*