BAPA DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR MENINGGAL DUNIA

Salam takziah diucapkan kepada angkasawan negara kita iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha atas pemergian bapa tercinta. Bapa beliau Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor meninggal dunia pada pagi Jumaat. Kita semua turut sama berduka atas pemergian yang tidak dijangka ini.

Sheikh Mustapha meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Kuala Lumpur pada pukul 9.26 pagi. Semoga Dr Sheikh Muszaphar serta seluruh ahli keluarga bersabar dan tabah atas ketentuan Allah. Ingatlah bahawasanya ini juga adalah peringatan buat kita yang masih hidup. Mati itu sesungguhnya pasti dan datang tanpa dijangka. Kita sebagai makhluk ciptaan Tuhan Yang Maha Esa harus bersedia menghadapi kenyataan ini.

BAPA DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR MENINGGAL DUNIA
ikuti kisah semasa di mstar

Add Comment


*