ARTIS Pelakon Nabil Meninggal Dunia

Pernah tengok tak iklan Kit Kat versi yg ada Datuk M.Nasir lepas makan coklat tersebut dia terbang.

Pelakon Iklan Kit Kat, Nabil Abdul Meninggal Dunia

Dalam iklan tersebut, pelakon muda yg melakonkan watak macam pekerja di kaunter pembayaran…dialah pelakon yg dimaksudkan, nama beliau Nabil Abdul.

Menurut info yg diterima, beliau telah meninggal dunia pada jam 10.30 pagi (Selasa) di Hospital Ampang. Setelah hampir seminggu beliau terlantar di hospital atas sebab penyakit yg beliau hadapi selama ini.

Arwah Nabil Abdul mengidap penyakit Kanser darah yg dipanggil ‘limfoma’ merupakan salah satu cancer darah dan kelenjar malfunction.

Arwah juga merupakan adik bongsu kepada pelakon Lydia Ibtisam yg popular dalam siri Impian Ilyana.

Alhamdulillah jenazah arwah Nabil Abdul selamat dikebumikan di kampungnya di Kulim, Kedah selepas solat Isyak semalam.

Pelakon Iklan Kit Kat, Nabil Abdul Meninggal Dunia

# Al Fatihah. Saksikan lakonan terakhir arwah dalam siri #Lembuku Ben di TV2 dan #jihannakbuatrumahterbuka di Astro.

Add Comment


*